POLISI PRIVASI DATA PENYUMBANG

POLISI PRIVASI DATA PENYUMBANG

1. PENGENALAN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengambil maklum berkenaan kepentingan dan keutamaan untuk menjada serta melindungi hak privasi data peribadi penyumbang. Mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP), ABIM komited untuk melindungi dan menjaga Data Peribadi penyumbang serta mengamalkan prinsip pengendalian maklumat yang telah digariskan oleh APDP sebagaimana berikut;
1. Prinsip Am;
2. Prinsip Notis dan Pilihan ;
3. Prinsip Penzahiran;
4. Prinsip Keselamatan;
5. Prinsip Penyimpanan;
6. Prinsip Integriti Data; dan
7. Prinsip Akses.

2. DEFINISI
Anda
‘Anda’ adalah rujukan kepada individu yang melayari laman sesawang ini serta sukarela mengisytiharkan bahawa anda telah membaca, memahami Polisi ini dan bersetuju memberikan kebenaran kepada ABIM untuk memproses maklumat dan data peribadi anda mengikut cara yang telah ditetapkan dalam Polisi ini.
Kami
‘Kami’ adalah rujukan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dimana selepas ini dipanggil ABIM.
Polisi
Polisi adalah polisi yang dikeluarkan kepada semua penyumbang dan bakal penyumbang ABIM. ABIM hanya akan memproses Data Peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 termasuklah peraturan, garis panduan, perintah yang dibuat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan sebarang pindaan berkanun atau enakmen yang diperbuat daripada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari semasa ke semasa atau dari perubahan polisi ini sendiri.



ABIM berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan / atau meminda Polisi ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis kepada anda melalui pengumuman di Laman sesawang ini atau cara lain yang sesuai. Sila semak Laman sesawang ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sama ada terdapat pindaan kepada Polisi ini bagi kemudahan kita bersama.

3. TUJUAN DAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Istilah “Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat dalam pemilikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada individu setakat mana individu itu boleh dikenalpasti dari maklumat itu atau boleh dikenal pasti melalui maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milik kami seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor pengenalan / pasport, tarikh lahir, gambar, alamat e-mel dan sebagainya.

Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan bergantung pada tujuan pengumpulan. ABIM hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan aktiviti/ program atau projek yang kami anjurkan. ABIM boleh “memproses” Data Peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan dan / atau menzahirkannya.

Data Peribadi anda boleh dikumpul daripada anda semasa urusan anda dengan kami dalam apa jua cara termasuk melalui sebarang transaksi sumbangan dan / atau komunikasi yang dibuat daripada / dengan kami. Kami juga boleh mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa batasan, di sebarang acara, seminar, pameran jalan, pengesahan maklumat penyumbang melalui panggilan telefon atau WhatsApp, kaji selidik penyumbang yang dianjurkan dan / atau ditaja oleh kami, serta dari sumber yang tersedia secara umum.

4. TUJUAN PEROLEHAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA

Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami atau yang dikumpulkan oleh kami dari anda atau melalui sumber-sumber lain yang mungkin diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pada masa ia dicari atau dikumpulkan, boleh diproses untuk tujuan-tujuan berikut (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”):

• untuk berkomunikasi dengan anda;
• untuk mengekalkan dan meningkatkan hubungan penyumbang;
• untuk bertindak balas kepada pertanyaan atau aduan anda dan menyelesaikan sebarang masalah dan pertikaian yang mungkin timbul berkaitan dengan sebarang sumbangan dengan kami;
• untuk memberi anda maklumat dan / atau kemas kini mengenai program, aktiviti, promosi yang akan ditawarkan oleh kami dan / atau acara yang dianjurkan oleh kami dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda dari semasa ke semasa;
• untuk tujuan pemasaran langsung melalui WhatsApp, panggilan telefon, e-mel, surat, media sosial dan / atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai.
• untuk memudahkan penyertaan anda, dan pentadbiran kami, dalam sebarang acara termasuk promosi atau kempen;
• untuk mengekalkan dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman;
• untuk tujuan pentadbiran dalaman;
• untuk menghantar mesej ucapan bermusim dari semasa ke semasa;
• untuk menghantar jemputan menyertai acara dan promosi kami dan acara pelancaran program/projek kepada anda;
• untuk memantau, mengkaji dan memperbaiki acara dan promosi, projek dan / atau kempen kami;
• untuk menjalankan penyelidikan pasaran atau kaji selidik, analisis pemasaran dalaman, aktiviti profil pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, perancangan dan analisis statistik dan trend berhubung dengan projek dan / atau kempen kami;
• untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan juruaudit untuk tujuan audit dalaman dan pelaporan kami;
• untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan rakan usaha sama/perniagaan kami untuk bersama-sama membangunkan projek dan / atau melancarkan kempen pemasaran;

5. KEENGGANAN MEMBERI DATA PERIBADI

Di mana dinyatakan (contohnya di dalam borang permohonan), anda diwajibkan memberi Data Peribadi kepada ABIM untuk membolehkan kerja pemprosesan sebarang permohonan atau permintaan anda kepada ABIM. Jika anda enggan memberi Data Peribadi yang diwajibkan tersebut, ABIM mungkin tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda mungkin akan ditolak.

6. KAWALAN KESELAMATAN DATA PERIBADI

ABIM akan mengambil Langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan atau pendedahan yang tidak sah. Kami akan menggunakan teknologi dan prosedur yang sesuai untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, anda perlu mengakui bahawa tiada sistem keselamatan maklumat yang dapat dijamin sepenuhnya dan kami tidak dapat menjamin keselamatan maklumat peribadi anda sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau ancaman yang tidak diingini.

7. TUJUAN PEMASARAN DAN PROMOSI

Setelah menjadi penyumbang ABIM, anda akan menerima e-mel / SMS / WhatsApp atau panggilan telefon berkenaan Kempen atau program daripada kami, yang mana termasuk kempen bermusim dan maklumat mengenai aktiviti – aktiviti ABIM yang bakal dijalankan pada masa akan datang.

8. PENGAKUAN

Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda memaklumkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan di sini dan selanjutnya memberi kebenaran kepada ABIM untuk memproses Data Peribadi untuk tujuan program/Kempen yang akan dilaksanakan ABIM sepanjang masa.
© 2025 InfaqAbim. Hak Cipta Terpelihara.