Kempen Seorang Sekampit Beras merupakan satu inisiatif mengumpul dan mengagihkan bantuan yang berbentuk makanan asasi kepada golongan asnaf yang digerakkan sepanjang tahun.
ABIM telah menggerakkan kempen ini bermula pada tahun 2006, dengan jutaan ringgit telah disalurkan kepada ribuan penerim manfaat.
Pada tahun 2024, sejumlah dana bernilai RM 220,000.00 berjaya dikumpul dan seramai 2,000 orang penerima sumbangan telah mendapat manfaat berbentuk makanan asasi dan wang tunai hasil daripada sumbangan orang ramai, korporat dan zakat. Sumbangan ini telah disalurkan kepada pelbagai kumpulan masyarakat seperti asnaf, ibu tunggal, bapa tunggal, OKU, pelarian dan lain-lain.
Bagi tahun 2025, ABIM mensasarkan kutipan dana KSSB sebanyak RM 500,000.00 dengan sasaran penerima manfaat kepada 3000 keluarga yang memerlukan di seluruh negara.