Ust Mohd Naim bin Mohd Noor, mantan Timbalan Presiden ABIM perlu menghadapi rawatan DIALISIS BUAH PINGGANG setelah beliau disahkan mengalami kegagalan buah pinggang. Beliau perlu menjalani proses tersebut dengan bayaran sekitar RM5,600 (lima ribu enam ratus) sebulan dengan tanggungan sendiri untuk tempoh 6 bulan pertama, sebelum mendapat bantuan bulanan PERKESO@SOCSO secara tetap. Hal ini kerana, proses mendapat kelulusan PERKESO@SOCSO memakan masa sekitar 6 bulan. Ayuh sama menyumbang bagi membantu beliau sekeluarga.