"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 261) Dewan Pembangunan Belia Islam ABIM giat menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan, dakwah, kebajikan dan pembangunan belia. Justeru itu, fasiliti yang kondusif amat diperlukan bagi memastikan keselesaan semua pihak yang hadir. Salah satu keperluan utama adalah menaik taraf tandas agar lebih selesa, bersih dan mampu menampung jumlah pengguna yang ramai sepanjang program berlangsung.